Wednesday 29 February 2012

berjalan tanpa henti..

asalamualaikum... lagu ini mengingatkanku supaya jangan berputus asa dr rahmatNya yg Maha Esa.. Bagaikan jauh jalan yang kutempuh Langkah demi langkah akan kugagah Hari demi hari berjalan tanpa henti Yakinku ada sinar yang menanti Bila dah bertemu arah Yakin penuh pasrah Pada-Nya yang kuasa di kau berserah Jika kau rebah Jika kau kalah Bersaksilah rahmat-Nya akan terserlah Segala kepahitan segala keperitan Terima bagai penghapus dosa Malang yang menimpa Duka yang melara Mungkin di baliknya ada bahagia Jangan jangan berputus asa Dari rahmat-Nya Yang Maha Esa Jangan jangan kita lupa Ujian lumrahnya dunia Kau dah temu arah Yakin penuh pasrah PadaNya yang kuasa dikau berserah Jika kau rebah Jika kau kalah Bersaksilah rahmat-Nya akan terserlah Segala kepahitan segala keperitan Terima bagai penghapus dosa Malang yang menimpa Duka yang melara Mungkin di baliknya ada bahagia Jangan jangan berputus asa Dari rahmat-Nya Yang Maha Esa Jangan jangan kita lupa Ujian lumrahnya dunia http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=F53vBo37juQ

Friday 24 February 2012

Jadilah Rakan Yang Terbaik***

Dalam hidup ini kita pasti akan memerlukan teman atau dipanggil sebagai rakan. Merekalah yang akan menjadi teman semasa kita masih hidup di dunia ini. Rakan yang baik akan sentiasa membimbing kita ke arah kebaikan. Dalam kita berkawan biarlah ikhlas dan bukannya bersebab. Kita hendaklah sentiasa berusaha untuk melakukan kebaikan kepada rakan kita tanpa mengharapkan apa-apa balasan kembali darinya. Biarlah Allah S.W.T yang membalas kebaikan yang kita lakukan. Adab dalam berkawan memang perlu sentiasa dijaga supaya hubungan persabahatan yang dibina akan berkekalan sampai bila-bila. Kita akan dapat mengenali siapa rakan-rakan yang benar-benar ikhlas berkawan dengan diri kita di waktu susah dan juga senang. Kawan yang ramai sememangnya boleh dicari. Itu memang benar. Dimana-mana sahaja tempat kita boleh berkenalan dengan orang lain. Rakan-rakan sekampung, rakan sekolah, rakan universiti, rakan tempat kerja dan banyak lagi rakan-rakan lain yang boleh kita jumpa dimana-mana. Pepatah ada mengatakan berkawan biar seribu, bercinta biar satu. Kehidupan kita dan rakan-rakan kita adalah saling memerlukan antara satu sama lain. Rakan-rakan boleh menjadi tempat untuk kita berkongsi masalah. Rakan yang terbaik akan menjadi pendengar yang baik dan akan cuba membantu menyelesaikan masalah yang kita hadapi. Kita juga boleh meminta pandangan dari rakan-rakan kita terhadap perkara yang kita tidak tahu. Hargailah pandangan yang diberikan oleh rakan kita walaupun adakalanya kita tidak bersetuju. "Waktu kita dalam keadaan senang, rakan-rakan akan mengenali kita. Waktu kita dalam kesusahan, kita akan mengenali siapa rakan-rakan kita." Masa senang adalah masa yang paling disukai oleh sesiapa sahaja. Pada waktu senang ramai rakan-rakan akan bersama dengan kita. Mereka akan berasa seronok dapat berkawan dengan kita. Kita juga akan berasa seronok mempunyai rakan-rakan yang ramai. Semua orang akan rasa gembira apabila berada pada waktu senang. Tetapi langit tidak selalu cerah. Kita akan diuji oleh Allah S.W.T dengan kesusahan. Pada waktu susah tidak ramai orang yang dapat membantu diri kita. Pada waktu ini juga kita akan dapat menilai siapakah yang benar-benar ikhlas berkawan dengan diri kita. Ramai rakan-rakan akan lari meninggalkan diri kita kerana kesusahan yang kita alami. Jika masih ada rakan-rakan yang setia bersama dengan kita itulah rakan-rakan yang benar ikhlas dan hubungan persahabatan yang dibina. Mereka akan cuba membantu kita mengikut kemampuan diri mereka. Bersyukurlah kita jika mempunyai rakan-rakan yang setia bersama dengan kita di waktu susah. Hargailah rakan-rakan yang masih ada bersama dengan diri kita. Jika kita tidak pandai untuk menghargai rakan-rakan kita, sudah tentu mereka akan pergi meninggalkan kita. Berbuat baiklah kepada rakan-rakan kita mengikut kemampuan diri kita. Sentiasa mengambil berat kepada diri mereka. Contoh hubungan persahabatan terbaik yang perlu kita contohi adalah sahabat-sahabat seperjuangan Rasulullah S.A.W seperti Abu Bakar As-Siddiq Umar Al Khattab, Usman Bin Affan, Ali Bin Abi Talib dan sahabat-sahabat nabi yang lain. Mereka bersahabat kerana Allah S.W.T dan berjuang bersama-sama dengan Rasulullah S.A.W untuk menegakkan agama Islam. Tidak kira di waktu susah atau pun senang mereka akan tetap berjuang bersama dengan Rasulullah S.A.W. Itulah contoh sahabat terbaik yang perlu kita contohi. Semoga hubungan persahabatan yang kita jalinkan bersama dengan rakan-rakan kita akan sentiasa diberkati oleh Allah S.W.T. Berdoalah untuk kesejahteraan rakan-rakan kita. Jika ada diantara rakan-rakan kita yang melakukan kesalahan maka masing-masing perlu mengingatkan antara satu sama lain. Perbetulkan mana yang silap. Terimalah rakan-rakan kita seadanya kerana kita sebagai manusia sememangnya tidak sempurna.

Bawalah Maluku Terhadapmu Kepada ALLAH..

Dia seorang wanita,dialah serikandi,dia jua seorang pejuang. Kelibatnya dalam medan perjuangan dakwah sering menggentarkan jiwa-jiwa musuh Allah.Tak cukup sumbangannya,akhlak dan peribadinya cukup menenangkan jiwaku. Mana mungkin seorang lelaki yang berfitrah suci tidak tertarik dengan serikandi seperti itu. Berprinsip teguh, mempunyai daya tarbiyah yang kental,ilmu yang sangat tinggi,kefahaman agama yang mendalam. Ciri-ciri inilah yang sering didamba oleh seorang lelaki yang berhajat untuk beristeri seorang wanita solehah.Tidak normal lah hati lelaki itu seandainya ingin beristeri dengan wanita yang rosak akhlaknya. Usahkan peribadinya hancur,perjuangannya pun entah ke mana.Tetapi bila melihat diriku sendiri, aku berasa sangat malu dengannya. Siapalah diriku ini untuk menambat hatinya ? Apa yang aku ada untuk menjadi setaraf di sisinya ? Perjuangan aku sendiri pun pudar. Akhlak aku,peribadi aku apatah lagi.Ilmu pun cetek. Bisakah aku menjadi suami untuknya? layakkah aku? mampukah aku? Entahlah,harapan yang sebentar tadi bergunung hancur menjadi debu. Yang terlintas sekarang ini di fikiran ku ialah cuma perasaan malu. Ya,aku malu padanya. Namun, tidaklah mudah untuk aku berputus asa .Dengan malu itulah, aku akan terus meningkatkan darjat aku di sisiNya. Akan ku dalamkan ilmu aku, akan aku lakukan kerana untuk meraih sebuah cinta. Cintamu wahai serikandi ? Oh,sudah tentulah tidak. Aku mencari cinta teragung, cinta zat yang melahirkan rasa cinta berputik dan bertapak di hati-hati manusia. Cinta Allah.. ya,itulah yang aku cari.Biarlah malu aku terhadapmu itu membimbing aku kepada cinta Allah dan bukannya cintamu wahai serikandi. Kerana usaha aku akan menjadi sia-sia seandainya aku lakukan untuk meraih cintamu yang tidaklah begitu indah dan agung berbanding cintaNya.Kemudian,biarlah cinta aku kepadaNya itu membimbing engkau untuk mencintaiku. Harapanku satu hari nanti mudah-mudahan dimakbulkan. Dan ketika itu,barulah bersemi cinta kita.

Sumayyah Wanita Pertama Mati Syahid

Sumayyah binti Khabath adalah hamba Abu Huzaifah bin Mughirah. Tuannya mengahwinkan Sumayyah dengan Yasir bin Amir, perantau dari Yaman ke Mekah. Apabila Allah mengurniakan mereka seorang anak yang diberi nama Amar, Abu Huzaifah pun membebaskan Sumayyah daripada menjadi hambanya. Apabila Islam mula tersebar, keluarga Yasir antara golongan pertama memeluk agama suci itu. Sumayyah tidak gentar dengan amaran musyrikin Quraisy yang menyeksa dan membunuh sesiapa yang memeluk Islam. Apabila bangsawan Quraisy mengetahui Sumayyah sudah memeluk Islam, mereka menyerbu rumahnya. Keluarga Amar ditangkap dan dibawa ke khalayak untuk diseksa. "Mereka sudah menyahut ajaran Muhammad walaupun ditegah oleh pihak atasan Quraisy. Kamu akan menerima balasan kerana ingkar perintah kami," kata Abu Jahal kepada pengikutnya sambil menarik keluarga Yasir yang terikat ke kawasan padang pasir di luar kota Mekah. "Mereka tidak serik dengan hukuman kita walaupun pengikut agama yang dibawa Muhammad telah diseksa oleh kita," kata seorang bangsawan Quraisy yang berjalan di sebelah Abu Jahal. "Kali ini saya tidak akan bebaskan mereka bertiga sehingga mereka mengaku berhala-berhala kita sebagai tuhan mereka," tegas Abu Jahal yang mengacah tombaknya ke arah keluarga Yasir yang diseret secara kasar oleh pengikut Abu Jahal. Mereka berhenti di kawasan lapang yang dipenuhi bongkah batu besar. Yasir, Amar dan Sumayyah ditanggalkan pakaian mereka lalu diikat pada bongkah batu yang panas mendidih dipanah matahari padang pasir.

Elektron + Proton = Ikatan Manusia + Allah = Ikatan

Cuba kita renung, elektron yang dikatakan bertindak mengelilingi inti atom yang muatannya adalah negatif manakala proton pula yang terdapat di dalam inti atom yang muatannya adalah positif serta kedua-duanya saling berlawan antara satu sama tetapi tetap mampu membentuk satu ikatan yang dikenali sebagai ikatan kovalen. Tapi bagaimana ye satu ikatan kimia itu mampu terhasil? Macam ini caranya, ikatan kimia itu adalah sebuah proses fizikal yang bertanggungjawab dalam interaksi gaya tarik menarik antara dua atom atau molekul yang menyebabkan suatu senyawa diatomik atau poliatomik menjadi stabil. Begitulah dengan elektron dan proton yang walaupun berbeza dari segi muatannya tapi saling tarik menarik antara satu sama lain yang seterusnya membentuk satu ikatan. Begitu juga dengan ikatan antara manusia dan Penciptanya menerusi hamblumminallah, iaitu hablun atau "tali" yang mengikat hubungan antara Allah dan manusia. Walaupun Allah dan manusia mempunyai perbezaan, terutamanya dari segi status dimana Allah itu sebagai pencipta dan mempunyai status yang tertinggi manakala manusia itu sebagai seorang yang berstatus hamba tetap mempunyai satu ikatan yang amat kuat atau boleh kita katakakan seperti ikatan kovalen dan ikatan ion yang dikatakan sebagai satu ikatan kimia yang "kuat" dan begitu juga dengan hubungan antara manusia dan Allah yang mempunyai satu ikatan yang kuat walaupun kedua-duanya mempunyai status atau kedudukan yang berbeza. Kalau kita kaji sedalam-dalamnya dalam hubungan manusia dengan Allah ini ada satu tali pengikat yang begitu unik yang menjadi pengikat hubungan yang kuat antara manusia dengan Allah, iaitu Islam (agama), iman, al-Quran dan sunnah serta aqidah, dan ibadah. Jika semua ingin tahu solat merupakan antara tali utama yang mengikat hubungan yang kuat antara manusia dan penciptanya. Jika kita lihat pada ikatan kimia, iaitu ikatan antara elektron dan proton dan ikatan antara manusia dengan Allah, (hablumminallah), kita dapat melihat bahawa disebalik ikatan itu sebenarnya terdapat sesuatu yang menjadi pencetus kepada kekuatan pada ikatan-ikatan ini. Jika dalam ikatan kimia, sudah tentu perbezaan antara muatan pada elektron dan proton itu yang menjadi pencetus kepada kekuatan ikatan itu, iaitu menerusi usaha tarik menarik antara elektron yang bermuatan negatif dengan proton yang bermuatan positif antara satu sama lain untuk membentuk ikatan manakala dalam ikatan antara manusia dengan Allah (hablumminallah) ini, Islam (agama), iman, Al-Quran dan Sunnah serta ibadah dan aqidah itu yang menjadi tali dalam membentuk satu ikatan yang kuat antara kedua-duanya. Unik betulkan pembentukan ikatan-ikatan ini. Biarkan ikatan ini terus bersambung dan jangan sesekali kita cuba memutuskannya, moga-moga manfaat dan syafaatnya kelak milik menjadi milik kita, renung-renungkan.

Untukmu Bidadari Dunia

Wanita adalah satu simbolik yang sering dikaitkan dengan kelembutan dan jua kesopanannya. Warna putih pula dikaitkan dengan suci dan bersih. Sehelai kain kanvas putih pada mulanya akan diwarnakan oleh si pelukis, untuk mencorakkan apa yang diinginkan begitu juga dengan manusia, ini kerana manusia itu lahir dalam keadaan yang suci tanpa cacat cela. Islam tidak menghalang wanita menghias diri dalam apa keadaan pun tapi haruslah mengikut garisan islam. "Katakanlah, kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya, dan menjaga kehormatan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang tampak darinya. Hendaklah mereka mengulurkan/menutupkan kain kudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau mertua mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau putra-putra saudara lelaki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan terhadap wanita, atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan dan bertobatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung." - Surah Al-Nur (24): 31 Muslimah kini haruslah bergerak mencari "role model" terbaik bagi membentuk dan menyerlahkan lagi penampilan serta bakat tersendiri sepertimana Saidatina Khadijah r.a. isteri Rasulullah S.A.W. Sebagai insan biasa kita tidak mungkin dapat menyamai Saidatina Khadijah r.a. namun sebagai hamba Allah swt, kita boleh berusaha memupuk dan menyemai sifat-sifat terpuji itu secara beransur-ansur dengan sabar. Antara sifat-sifat terpuji itu ialah taat perintah Allah, berakhlak mulia, dermawan, sabar, tabah, cekal, penyayang, berwawasan dan berfikiran kreatif. Keikhlasan hati beliau terletak di kedudukan langit tertinggi yang hanya boleh dicapai oleh insan yang melakukan sesuatu hanya kerana Allah swt semata-mata. Selaras degan tuntutan kini yang dahagakan ilmu dan jua memerlukan sesuatu proses bagi menimbulkan kesedaran diri untuk menjadi yang terbaik diantara yang terbaik, maka pihak iluvislam.com ingin turut serta meyumbangkan tenaga ke arah pembentukan muslimah sejati, muslimah terbaik.

Monday 23 January 2012

Bingkisan Doa

Bingkisan Doa SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA, TAK SEMESTINYA MANUSIA CINTA KEPADA KITA, TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH, NESCAYA CINTA ALLAH TIADA PENGHUJUNGNYA. SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA, KITA AKAN CEMBURU KEPADA ORANG YANG MENCINTAI ORANG YANG KITA CINTAI, TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH, KITA AKAN TURUT MENCINTAI ORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA KEPADA ALLAH JUGA. YA ALLAH, ANDAINYA DIA ADALAH JODOH YANG DITETAPKAN OLEH-MU KEPADAKU, MAKA CAMPAKKANLAH DALAM HATIKU CINTA KEPADANYA ADALAH KERANA-MU, DAN CAMPAKKANLAH DALAM HATINYA, CINTA KEPADAKU ADALAH KERANA-MU. NAMUN, ANDAINYA DIA BUKANLAH JODOH YANG DITETAPKAN OLEH-MU KEPADAKU, BERIKANLAH KU KEKUATAN AGAR PASRAH DALAM MENGHARUNGI UJIAN, YANG KAU BERIKAN KEPADAKU. YA ALLAH, JIKA AKU JATUH CINTA, CINTAKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA PADA-MU, AGAR BERTAMBAH KEKUATANKU UNTUK MENCINTAI-MU. YA MUHAIMIN, JIKA AKU JATUH CINTA, JAGALAH CINTAKU PADANYA AGAR TIDAK MELEBIHI CINTAKU PADA-MU. YA RABBANA, JIKA AKU JATUH HATI, JAGALAH HATIKU PADANYA AGAR TIDAK BERPALING PADA-MU. YA RABBUL IZZATI, JIKA AKU RINDU, RINDUKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MERINDUI SYAHID DI JALAN-MU. YA ALLAH, JIKA AKU RINDU, JAGALAH RINDUKU PADANYA AGAR TIDAK LALAI AKU MERINDUI SYURGA-MU. YA ALLAH, JIKA AKU MENIKMATI CINTA KEKASIH-MU, JANGANLAH KENIKMATAN ITU MELEBIHI KENIKMATAN INDAHNYA BERMUNAJAT DI SEPERTIGA MALAM TERAKHIR-MU YA ALLAH, JIKA AKU JATUH HATI PADA KEKASIH-MU, JANGANLAH BIARKAN AKU TERTATIH DAN TERJATUH DALAM PERJALANAN PANJANG MENYERU MANUSIA KEPADA-MU. YA ALLAH, JIKA KAU HALALKAN AKU MERINDUI KEKASIH-MU, JANGAN BIARKAN AKU MELAMPAUI BATAS SEHINGGA MELUPAKAN AKU PADA CINTA HAKIKI DAN RINDU ABADI HANYA KEPADA-MU.